Tuesday, April 28, 2009

huuaaarrggghhh~~



disebabkan sy mengalami sindrom mengantuk yg amat kronik..
jd sy nk menge'post' sal tidor.. dpt dr blog sape ntah..hoho.. Allah s.w.t dengan segala kebijaksanaanya telah menciptakan setiap benda ada pasangannya. Demikianlah ditegaskan malam adalah pakaian bagi siang. Waktu malam dijadikan untuk manusia beristirehat, tidur disamping tidak lupa bangun mengingatinya melalui solat tahajud, hajat dan solat sunat taubat. Demikianlah juga fitrah dan tabieenya kenapa, sehari semalam punyai 24 jam. Islam amat menekankan soal 'time management', ketepatan masa, janji dan pengurusan diri. 24 jam bererti, 8 jam bekerja mencari rezeki, 8 jam lagi beribadat dan 8 jam untuk berehat(tidur).


Tidur
yang nyenyak adalah lebih baik tidur yang cukup. Jika terlebih tidur menandakan orang itu malas, fikirannya lekas jumud dan otaknya bakal membeku. Sebab itu dalam perspektif Islam, tidak digalakkan tidur waktu petang khususnya selepas Asar sehingga ke MAGHRIB kerana ada bukti saintifik individu yang mengamalkan tabiat tersebut boleh cepat nyanyuk.

Ada pelbagai kategori tidur, tidur ayam, tidur mati, tak boleh tidur disebut dalam istilah perubatannya 'imsomnia'. Tak cukup tidur menjadikan fokus kita terganggu, dan badan menjadi cepat letih.
Terlebih tidur menyebabkan kita berkecenderungan untuk menjadi semalas-malas manusia. menjadikan tidur sebagai satu tabiat bukanlah satu galakan, kerana konsep tidur hanya untuk membolehkan badan mendapat rehat agar kembali segar untuk kita meneruskan ibadat kepada Allah s.w.t dan memenuhi tanggungjawab keperluan dunia.

Demikianlah rahsia tidur, umpama
kematian sementara bagi manusia, satu experimentasi bagi insan bagaimana rasanya 'mati'. Tidur amat diperlukan, bagi seorang bayi 12-14 jam untuk proses pembesarannya, bagi manusia dewasa cukup 4-6 jam. Namun, jika dalam semua keadaan, baik dalam mesyuarat, dalam majlis, dipejabat kita sentiasa mahu tertidur, ini bermakna konsep tidur telah tidak kita gunakan secara yang wajar. Kita telah abaikan dan salahgunakan salah satu rahmat dari Allah s.w.t.
Golongan jenis ini digelar 'kaki tidur'. Puncanya boleh jadi pelbagai, kerana penyakit yang dihadapi, boleh jadi kerana sifat semulajadi orang berkenaan yang memang malas', budaya hidup orang berkenaan, kurang tumpuan, tidak komited dalam tugasnya, atau kerana merasa seronok apabila dapat curi-curi tidur, sehingga akhirnya tidur bukan lagi satu keperluan tapi sudah menjadi satu kemestian dan tabiat yang sukar dihapuskan. Tertidur, tidur, ditiduri, menidurkan juga mempunyai makna berbeza. Apa yang penting janganlah kita taksub dengan tidur, kerana tidurlah sebagai satu ibadah, jangan jadikan tidur sebagai satu yang boleh ,membawa kerosakan imej, peribadi dan akhirnya merosakkan diri kita. Ini kerana orang yang terlebih tidur akan ditimpa penyakit yang tidak ada ubatnya. Penyakit malas 'raja' segala penyakit yang akan merugikan bukan sahaja diri sendiri malah juga orang lain.


Tidurlah wahai permaisuri, tidurlah. pejam mata, Jika kau tidur lena, impikan bahagia, di taman syurga loka (phrase ini khas untuk orang yang khusuk dan tawaduk dengan tidur).




itula die..
jd jgn tido ptg...
lin tahan ngantuk tu!!!!


2 comments:

MIAhaha said...

fulamik..seniri tulis..seniri sedar..bagus ah cmni!haha~
teruskan ye bit..

mia

Norlin Sabuti said...

hehehe...
tu r..
ni tuk motivatekan diri sinri...
yehhaa~~